Dalam memperkasakan ekonomi baharu luar bandar dalam sektor pertanian, para petani digalakkan untuk melakukan aktiviti pertanian bercorak komersial, penggunaan tanah yang intensif, pengurusan yang cekap, amalan agronomi yang betul dan penggunaan teknologi yang lebih canggih dan moden.
NREB sebagai peneraju agensi alam sekitar di Sarawak sejak 30 tahun dahulu kini bersedia untuk menggalas amanah lebih besar ke arah autonomi alam sekitar termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan menyokong ekonomi baharu dan mampan Sarawak.