Kerajaan Sarawak menerusi Yayasan Sarawak bersedia mengambil tanggungjawab memberi peluang kepada semua rakyat Sarawak terutama golongan berpendapatan rendah (B40) memperoleh pendidikan mengguna pakai kurikulum International General Certificate of Secondary Education dengan keyakinan tinggi, pendidikan mampu mengubah masa depan anak dan keluarga mereka kelak.
Pameran Rumah Etnik adalah segmen dalam acara Sambutan Minggu Perpaduan yang bertujuan untuk memartabatkan warisan seni dan budaya rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan.
Apabila seorang isteri mengandung, upacara tradisi yang dikenali sebagai ‘pimpuri’ diadakan di mana dua orang ‘dayung barih’ (pendeta perempuan), akan melakukan upacara tersebut yang biasanya berlangsung selama dua malam.
Seksen Penyelidikan Etnik Bidayuh bergerak secara aktif dalam memastikan maklumat tentang adat dan buku adat serta maklumat mengenai peranan MAIS disalurkan dengan tepat kepada masyarakat terutamanya golongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum melalui bengkel atau seminar.