Gedong menjadi Kawasan Penanaman Alga Baharu, selepas Kuching dan Bintulu, dengan keluasan terbesar 100 hektar (fasa 1) akan menjadi makmal utama untuk tujuan perniagaan seluruh dunia.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak di daerah Gedong dan daerah Simunjan bagi memastikan kesesuaian lokasi sempena lawatan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ke daerah tersebut pada 20 Mei 2023.
Terdapat bermacam-macam jenis kuih-muih tradisional dan moden di Gedong bahkan ada diantara kuih muih tersebut akan dihidangkan mengikut majlis-majlis tertentu yang diadakan.
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam penyediaan makanan warisan dalam kalangan masyarakat Gedong seperti menyalai, mengukus, menggoreng dan mengawet.
Gedong adalah salah satu daerah di Sarawak yang kaya dengan warisan kebudayaan di mana ianya dapat dilihat dari aspek dialeknya, makanan warisannya, budaya dan peralatan warisannya, permainan rakyatnya serta seni budaya, cerita rakyat dan sebagainya.
‘Khazanah’ bernilai yang terdapat di Daerah Gedong ini wajar dipelihara justeru, adalah menjadi satu tanggungjawab semua pihak khususnya masyarakat Gedong sendiri untuk mengangkat warisan kebudayaan ini ke suatu tahap yang lebih tinggi seiring dengan perkembangan zaman.
Dialek Wujudkan Perhubungan Harmoni Masyarakat Gedong
Podcast bertemakan #Cerita Kampungku Sayang yang diadakan ini telah membawa topik yang sangat menarik iaitu berkenaan dialek atau loghat yang merupakan pertuturan harian masyarakat Gedong yang dilihat agak sedikit berbeza daripada pertuturan masyarakat yang di daerah-daerah lain.
Podcast episod kali ini menampilkan empat orang panelis iaitu Pemanca Haji Abang Ronee bin Haji Abang Sa’adili (mengulas tentang sejarah dan kedatangan dialek di Gedong);
Penghulu Adian bin Salleh (menyentuh tentang perubahan dialek dari masa ke semasa; Encik Marikan bin Kut (mengulas tentang penggunaan dialek Gedong); dan Encik Pundu bin Abai (mengulas tentang keunikan dialek di Gedong).
https://youtu.be/m0jfMurXcnU
Podcast Cerita Kampungku Sayang Episode 1 (Bahagian 2) - Gedong Kaya Dengan Warisan Kebudayaan bersama Pemanca Tuan Haji Abg Ronee bin Hj Abg Saladili,...
Pengiktirafan Gedong sebagai daerah dapat membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam, seterusnya membangunkan kawasan-kawasan luar bandar secara amnya.