Sarawak Delta Geopark adalah suatu pengiktirafan kepada Sarawak dalam pemeliharaan kelestarian alam semula jadi dan pengurusan mampan kawasan berkepentingan kebangsaan yang memiliki nilai geotapak luar biasa.
Dalam membangunkan Geopark Delta Sarawak, aspek pemeliharaan dan pemuliharaan warisan termasuk pembangunan ekonomi dan pembangunan komuniti ditekankan dengan mengintegrasikan alam semula jadi dan pemuliharaan warisan budaya sebagai satu entiti yang seimbang.
Di Malaysia terdapat sebuah geopark yang diiktiraf oleh UNESCO, iaitu di Langkawi dan tiga geopark kebangsaan, iaitu di Jerai, Kedah, Lembah Kinta di Perak dan Kinabalu di Sabah.