Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu telah menempa nama sebagai Universiti yang pertama di Malaysia mendapat penarafan Platinum Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada Oktober 2021 dengan 5 Bintang GBI EE penilaian.
Penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) adalah alat penarafan hijau yang diiktiraf industri Malaysia dan bagi organisasi yang telah memperolehinya bermaksud bangunan tersebut telah “lulus” sifat kelestariannya dengan beberapa ciri seperti mengurangkan penggunaan tenaga, meningkatkan keselesaan penghuni, mengurangkan kesan penggunaan bahan, dan kurang penggunaan air yang terawat.
Universiti Teknologi Sarawak (UTS) muncul universiti dengan reka bentuk bangunan hijau yang pertama di Malaysia mendapat penarafan ‘Indeks Platinum’ GBI (Green Building Index).
Pembangunan mampan menekankan aspek penjagaan alam sekitar dan pemeliharaan sumber asli.
Hari ini, dunia giat memperkenalkan model pembangunan mampan di daratan dalam ekonomi hijau dan kelestarian lautan dalam ekonomi biru.
Pelan Pembangunan Pelabuhan Hijau Pintar Digital (SDGP) adalah konsep berdasarkan beberapa pelaksanaan utama yang membolehkan industri pelabuhan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDGs) 2030.
Objektif pewujudan MyCREST adalah untuk mengintegrasikan kriteria penilaian karbon dalam gabungan strategi sistem penilaian bangunan mampan serta untuk memberikan penilaian karbon yang boleh diukur dalam sistem penarafan mampan yang bersifat holistik.
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi Hijau merujuk kepada produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
• Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
• Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
• Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui