Perdagangan karbon akan menjadi sumber ekonomi baharu dan memberi pendapatan tambahan kepada Sarawak. Pada masa yang sama, inisiatif tersebut akan mengukuhkan lagi usaha pemuliharaan hutan kerana perdagangan karbon tidak melibatkan penebangan pokok dan penerokaan kawasan hutan.
Imbas kembali, industri perladangan hutan di Sarawak telah dimulakan pada 1998. Sebanyak 43 lesen ladang hutan industri (IFP) telah dikeluarkan dengan keluasan kasar 2.5 juta hektar untuk hutan yang ditanam dijangka akan meliputi satu juta hektar menjelang 2020.
Walau bagaimanapun, didapati hanya 420,146 hektar hutan industri telah ditanam setakat Januari 2019. Sehubungan itu, Kerajaan Sarawak telah melanjutkan sasaran satu juta hektar ladang hutan industri sehingga ke tahun 2025.
Perbadanan Perhutanan Sarawak atau Sarawak Forestry Corporation (SFC) menjalankan fungsi di bawah Ordinan Taman Negara dan Rizab Semulajadi 1998 (National Parks and Nature Reserves Ordinance 1998) dan Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Wild Life Protection Ordinance 1998).
PUSAKA, PBQ, DOA dan JKDM bersama menjaga keselamatan sumber hutan Sarawak dengan menyediakan suatu prosedur yang kemas dan ketat yang direalisasikan dengan kerjasama strategik antara tiga agensi Sarawak.
Sesi ini dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya kelewatan dalam pelaksanaan projek selain memberikan penekanan supaya pihak jabatan/agensi membuat penilaian ketersediaan projek sebelum sesuatu permohonan peruntukan dibuat.
Sarawak bercadang untuk membangunkan dua (2) Taman Perabot (Furniture Park) untuk membolehkan pelabur-pelabur ini bekerjasama dengan industri tempatan kita untuk mengeluar perabot untuk eksport.
Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) berkenaan dihasilkan sebagai usaha mencapai sasaran penanaman 35 juta pokok di seluruh Sarawak selari dengan kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh Malaysia menjelang tahun 2025.
Selain menjadi habitat hidupan liar, hutan juga merupakan kawasan tadahan air. Oleh sebab itu, pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik amat penting demi kebaikan dan kelangsungan hidup.
Sebagai agensi yang mempelopori pengurusan hutan sejak hampir 100 tahun lalu, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengambil pelbagai inisiatif dalam mengurus, memelihara serta meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan hutan di negeri ini.
Integriti menurut berkait rapat dengan soal hati dan perasaan, iaitu jika seseorang individu berkelakuan baik, maka apa yang diamanahkan kepada individu tersebut akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Individu yang berintegriti lazimnya ikhlas dan jujur serta patuh kepada peraturan dan undang-undang dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik,.