Kemudahan sukan menjadi salah satu aspek utama untuk membangunkan sukan dan gaya hidup sihat. Kemudahan sukan perlu disediakan bagi meningkatkan mutu sukan dan memastikan pembangunan sukan dapat dilaksanakan dengan baik.
Tidak dinafikan, projek perumahan memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat kerana rumah berfungsi sebagai tempat berlindung dan menyediakan persekitaran hidup yang akan mempengaruhi dan membentuk perilaku manusia, produktiviti dan pembangunan.
Pembinaan 87 unit rumah di Buan Land District Daerah Tatau bakal memberi manfaat khasnya kepada golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri pada kos yang rendah.
Orang ramai dinasihatkan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Tanah dan Survei sekiranya memerlukan lot kediaman. Kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Survei menyediakan lot-lot untuk tujuan kediaman melalui Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK).
Projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS) adalah bidang pembangunan yang diberi fokus utama oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS). Pada tahun 2022, JTS melaksanakan 575 buah projek secara keseluruhan dengan peruntukan RM1.5 bilion.
Koperasi Jukdian menawarkan produk-produk pelancongan seperti tempat penginapan atau inap desa (homestay) melalui Tapun Homestay. Inap desa ini pernah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Ilham Desa Peringkat Zon yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2010.
Tibow ialah permainan buaian gergasi yang lazimnya pada zaman moden ini dimainkan semasa berlangsungnya Pesta Kaul Mukah yang merupakan pesta tahunan etnik Melanau.