Rakyat Sarawak perlu menunjukkan semangat perpaduan negeri ini yang mendokong kedaulatan negara sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan berlangsung dan menterjemahkan semangat tersebut dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis kerajaan, swasta atau persendirian, kampung, rumah panjang malah juga di kenderaan masing-masing.
Bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama', antara aktiviti Berjalan Teguh Bersama Keluarga Malaysia, pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 (KMKM2022) dan penyerahan Jalur Gemilang.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 adalah bersandarkan kepada semangat kebersamaan dalam Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.
Sarawak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung dua (2) projek pemangkin pembangunan utara Sarawak berjumlah RM10.62 bilion membabitkan Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) yang akan menjanakan pelbagai aktiviti sosioekonomi setempat.