Dalam Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12), antara projek berimpak besar yang dilaksanakan oleh Pejabat Pertanian Daerah Sebuyau ialah projek tanaman kelapa dan pisang.
Petani di Daerah Sebuyau digalakkan untuk mengusahakan tanaman kelapa secara komersial bagi memenuhi keperluan produk berasaskan kelapa yang semakin mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dalam pasaran negara bahkan sampai ke luar negara.