Sejak ditubuhkan, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) telah memberi fokus terhadap isu berkaitan kemudahan pendidikan yang sering berbangkit seperti isu sekolah daif.
Program Upskilling for Deeptech and Future Skills merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Majlis Pekerjaan Negara (MPN) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia semasa pasca-pandemik Covid-19. Program ini berbentuk insentif kewangan yang diberikan kepada pekerja dan majikan yang terlibat bagi pewujudan pekerjaan dan peningkatan kemahiran dalam bidang deeptech dan futureskills.
Kadar guna tenaga lepasan ILP Miri mencatatkan peratusan yang tinggi, iaitu 93.7 peratus. Peratusan kadar guna tenaga yang tinggi ini dapat dicapai kerana 70 peratus proses pembelajaran di ILP Miri dijalankan secara praktikal. Keterlibatan dan jalinan kerjasama yang kukuh serta sukatan pelajaran yang dibangunkan bersama pihak industri berdasarkan keperluan dan permintaan industri turut menjadi faktor membolehkan majoriti lepasan ILP Miri berjaya mendapatkan pekerjaan.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) telah merangka hala tuju bagi pembangunan industri kraf bermula tahun 2020 hingga 2030 berteraskan agenda pembangunan sosial dan ekonomi rakyat dengan tema ‘Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat’.
Ketua Menteri menggesa agar institusi universiti, vokasional dan pusat latihan kemahiran khas untuk menjana kemahiran dalam teknologi baharu yang memperkasakan ekonomi hijau.