Perpaduan merupakan hasrat semua negara di dunia. Imej Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etnik, berbilang agama dan berbilang budaya sering dijadikan contoh rujukan sebuah negara yang bersatu-padu. Walaupun ada kalanya wujud perbezaan, persaingan dan konflik, tetapi kesepaduan sosial yang telah wujud sekian lama dalam masyarakat telah mengekalkan perpaduan kita sehingga ke hari ini.