Laman sesawang agensi berfungsi sebagai saluran utama agensi perkhidmatan sektor awam untuk menyampaikan maklumat dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.
Laman sesawang agensi merujuk pada laman yang menyediakan maklumat dan perkhidmatan agensi secara dalam talian yang sejajar dengan bidang kuasa sesebuah agensi.
Agensi kerajaan Sarawak kekal komited dalam pentadbiran bertunjangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Internet. Keperluan yang semakin meningkat untuk pendigitalan membawa kepada keperluan kerajaan Sarawak untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.