Penyebaran maklumat palsu amat signifikan dalam arena politik apabila kedua-dua belah pihak, iaitu kerajaan yang memerintah dan pihak pembangkang cuba untuk memenangi hati rakyat dengan membuat propaganda yang disebarkan melalui media cetak mahupun media digital.