Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) adalah rangka kerja pengiktirafan berprestij untuk perkhidmatan awam yang mengiktiraf dan mengukur prestasi jabatan/agensi kerajaan di Sarawak yang mencapai standard tinggi dalam keberkesanan tadbir urus, operasi, dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) menetapkan bahawa objektif pembudayaan kualiti dan inovasi adalah untuk menambah baik dan meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan JTS secara keseluruhan.
Malaysia Business Excellence Framework (MBEF)ialah rangka kerja yang komprehensif dalam membantu organisasi meningkatkan prestasi yang meliputi Kepimpinan, Strategi, Maklumat, Pelanggan Tenaga kerja, Proses dan Keputusan.
Kerajaan Sarawak kekal komited dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejak tahun 2000-an apabila pihak kerajaan mengarahkan semua pihak berkuasa di negara ini untuk mendapatkan sijil MS ISO 9001:2000.
Pelantikan Dato Sri Abdul Ghafur sebagai Ketua Ombudsman Sarawak yang pertama menandakan satu lagi sejarah Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan sistem Ombudsman apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Sarawak Ombudsman Ordinance, 2023 pada 20 November 2023.
Transformasi luar bandar merujuk pada inisiatif strategik kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup, peluang ekonomi dan infrastruktur di luar bandar.
Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System (IBS) ialah teknik pembinaan yang mana komponennya dibuat dalam persekitaran yang terkawal. Perlaksanaan IBS di Malaysia menggunakan komponen konkrit pasang siap mula diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 1964.