Penggunaan data 3D melalui sistem SAVI3D (Sarawak Virtual 3D City Modelling System) dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna sebagaimana perkhidmatan digital yang lain seperti eLASIS dan Mobile LASIS.
Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang telah dilancarkan baru-baru ini ialah langkah ke hadapan untuk Sarawak menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Sudah pasti, di sebalik pelaksanaan strategi-strategi PCDS 2030 ini didorong oleh inovasi dan berdasarkan data-data yang konkrit dengan erti kata lain, perlunya aspek pendigitalan perkhidmatan dan penggunaan teknologi terkini.