Seksen Penyelidikan Etnik Bidayuh bergerak secara aktif dalam memastikan maklumat tentang adat dan buku adat serta maklumat mengenai peranan MAIS disalurkan dengan tepat kepada masyarakat terutamanya golongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum melalui bengkel atau seminar.
Setiap kaum mempunyai asal usul serta warisan budaya seperti sukan dan muzik, seni halus dan kraf, adat resam, pakaian dan sebagainya yang unik dan diamalkan dengan aman dan damai.
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang merangkumi segala tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya.