Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sentiasa komited dalam mendukung usaha memperkasa industri perkayuan negara dari masa ke masa memandangkan industri ini merupakan antara penyumbang utama bagi pertumbuhan sosio-ekonomi kepada negara.
Projek Model Ladang Hutan merupakan kerjasama antara Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sejak 2010, bertujuan untuk memberi panduan dalam pengurusan dan pembangunan ladang hutan di Sarawak.