Bahagian Sarikei yang merupakan Bahagian keenam di Sarawak dan dibentuk pada 2 April 1973. Sarikei terkenal dengan aktiviti pertanian sebagai aktiviti ekonomi utamanya. Pembangunan Taman Agro, Sungai Baji yang mengaplikasikan teknologi pertanian moden akan menjadikan Sarikei sebagai antara pengeluar makanan utama di Sarawak menjelang 2030.
DOA telah mengenal pasti beberapa isu dan cabaran dalam pembangunan pertanian terutama dalam ekosistem pemasaran hasil pertanian yang perlu diketengahkan dan diberi penekanan dalam RMK-12 dan pelan seterusnya.