Penggunaan teknologi bukan saja telah menjadi penyelesaian terbaik bagi syarikat untuk kekal berdaya saing malah, penggunaan teknologi yang lebih tinggi dalam syarikat-syarikat pelbagai saiz membuka peluang yang lebih luas untuk memacu pertumbuhan produktiviti negara.
Untuk mempercepatkan penerimagunaan teknologi ini, sudah tentu ia memerlukan ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi di pasaran buruh.
Oleh sebab itu, respons dasar yang bersesuaian adalah dengan menggalak dan menyokong peningkatan kemahiran semula tenaga kerja sedia ada.