Sarawak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung dua (2) projek pemangkin pembangunan utara Sarawak berjumlah RM10.62 bilion membabitkan Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) yang akan menjanakan pelbagai aktiviti sosioekonomi setempat.
Strategi ini memperincikan enam (6) sektor utama sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi, iaitu Pembuatan, Pertanian Komersial, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan dan Perkhidmatan Sosial.
Sektor pembuatan akan mempromosi Sarawak sebagai destinasi pelaburan pilihan utama sama ada untuk domestik dan asing terutama dalam aktiviti hiliran bernilai tinggi untuk industri berasaskan sumber dan bukan berasaskan sumber.
Pelan pelaksanaan (AIP PCDS 2030) yang cekap diperlukan supaya projek dapat dilaksanakan berdasarkan peruntukan, masa dan spesifikasi bagi mengelakkan projek tertangguh yang akan menyekat rakyat daripada menikmati projek yang telah dirancang.
Pelbagai inisiatif strategik di bawah lembayung PCDS 2030 telah dilaksanakan oleh kerajaan demi memacu Sarawak menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi.
Sebagai bukti, sejumlah RM4.083 bilion atau 64 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan dalam Bajet Negeri 2022 diperuntukkan bagi melaksanakan projek infrastruktur dan utiliti di luar bandar dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi luar bandar.
Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang telah dilancarkan baru-baru ini ialah langkah ke hadapan untuk Sarawak menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Sudah pasti, di sebalik pelaksanaan strategi-strategi PCDS 2030 ini didorong oleh inovasi dan berdasarkan data-data yang konkrit dengan erti kata lain, perlunya aspek pendigitalan perkhidmatan dan penggunaan teknologi terkini.