Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) ditubuhkan dengan objektif untuk merancang dan menyelaras pembangunan di Bahagian Samarahan secara sistematik dan holistik.
Penubuhan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) di Bandar Seri Begawan adalah langkah strategik untuk memperkukuh hubungan pelancongan, perdagangan, dan ekonomi antara Sarawak dan Brunei Darussalam.
Perasmian Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, menandakan permulaan era baharu dalam kerjasama serantau, meliputi sektor pelancongan, tenaga, pertanian, dan perdagangan.
Brunei merupakan penyumbang utama pelancong ke Sarawak, dengan peningkatan ketara pada tahun 2024.
SDDCM Bil 5/2023 di Serian telah dimaklumkan bahawa dalam tempoh RMKe-12, sebanyak 80 buah projek pembangunan bukan fizikal dirancang dan dilaksanakan di Bahagian Serian.
Bahagian Sri Aman yang meliputi Daerah Sri Aman dan Daerah Lubok Antu mempunyai keluasan lebih kurang 5,466.3-kilometer persegi yang diliputi kawasan tanah rata dan berbukit dengan jumlah penduduk dianggarkan seramai 106,700 orang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik.
Taman Negara Gunung Buda berpotensi untuk dimajukan sebagai satu lagi destinasi pelancongan utama di wilayah utara Sarawak.
Dari catatan penduduk, Gunung Buda mendapat nama daripada ungkapan kaum Penan yang bermaksud ‘gajah putih’ yang merujuk pada sebuah batu kapur setinggi 963 meter yang terletak di utara Taman Negara Gunung Mulu.
Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Lima diumumkan sebagai ‘Raja Sungai’ setelah berjaya memintas pasukan GP Binladen Empat di tempat kedua di garisan penamat pada aksi perlumbaan akhir Regata Sarawak 2022 pada 6 November 2022.
Pelancongan merupakan salah satu strategi pembangunan transformasi ekonomi utama kawasan luar bandar dengan penglibatan komuniti tempatan yang mempunyai peranan penting dalam pengurusan pelancongan.