Koperasi mampu bertindak sebagai pemacu ketiga ekonomi negara meneroka perniagaan berskala besar dalam bidang seperti bio teknologi, industri herba, automotif, perkhidmatan teknologi maklumat, industri makanan halal, bio komposit, perkapalan, perabot dan pembuatan melalui program vendor dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat gergasi multinasional.
Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan telah memberi tumpuan terhadap aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta program pengembangan pertanian.
Unit Penyelidikan Pertanian (Research Division) yang berpusat di Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) Semenggok telah mencapai kemajuan memberangsangkan dalam teknologi pertanian melalui beberapa program penyelidikan tanaman dan pengurusan tanah.
Perubahan persekitaran ekonomi serta politik tempatan dan antarabangsa memerlukan gerakan koperasi bergerak seiringan. Matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi merupakan cabaran yang perlu didokong bersama oleh gerakan koperasi.