Menjalin kerjasama antara jabatan atau agensi-agensi yang lain dilihat sebagai satu medium yang dapat menghasilkan impak positif serta manfaat kepada negeri dan rakyat khususnya dalam menjamin kelancaran pembangunan.
Pendigitalan penggunaan air adalah bidang yang masih baharu di Malaysia. Ia melibatkan pemasangan meter pintar (smart meter) di mana penggunaan air oleh pengguna dapat dipantau secara masa nyata (real time monitoring).
Pendigitalan Operasi Rawatan Air memberi kemudahan kepada pihak ibu pejabat JBALB untuk membuat penambahbaikan pada proses-proses rawatan serta mendapat maklumat lebih awal tentang sebarang kemungkinan kerosakan atau gangguan pada proses rawatan air di loji rawatan air