50 buah rumah kediaman di Kuching dipilih menjadi perintis pelaksanaan projek Sarawak Smart Green Home (SSGH). Sarawak negeri pertama di Malaysia yang menjalankan projek sedemikian.
Bandar Pintar adalah sebuah bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemajuan teknologi untuk menangani isu-isu perbandaran selain meningkatkan kualiti hidup, pertumbuhan ekonomi, kemampanan alam sekitar dan pengurusan bandar yang lebih efisien dan selamat.