Perdagangan karbon akan menjadi sumber ekonomi baharu dan memberi pendapatan tambahan kepada Sarawak. Pada masa yang sama, inisiatif tersebut akan mengukuhkan lagi usaha pemuliharaan hutan kerana perdagangan karbon tidak melibatkan penebangan pokok dan penerokaan kawasan hutan.
JIM Sarawak mempunyai keistimewaan kerana semasa penubuhan Malaysia Kerajaan Sarawak menghendaki kuasa autonomi ke atas imigresen berkenaan kemasukan warga negara asing dan warga negara yang berasal dari Semenanjung, Sabah dan Labuan.
"Jabatan Hutan Sarawak telah menerima sebanyak enam (6) permohonan. Namun, kita di Jabatan Hutan Sarawak belum dapat mempertimbangkan permohonan tersebut memandangkan kita belum mempunyai prosedur yang komprehensif bagi tujuan tersebut." (Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak)