Dalam memperkasakan ekonomi baharu luar bandar dalam sektor pertanian, para petani digalakkan untuk melakukan aktiviti pertanian bercorak komersial, penggunaan tanah yang intensif, pengurusan yang cekap, amalan agronomi yang betul dan penggunaan teknologi yang lebih canggih dan moden.
Penggunaan teknologi baharu yang boleh diaplikasikan dan dikomersilkan dalam sektor pertanian perlu dimanfaatkan agar hasil pertanian mampu memenuhi permintaan makanan dalam negara seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import.
Program Latihan Pembangunan Modal Insan Luar Bandar merupakan kesinambungan daripada program yang mula dilaksanakan di bawah RMK-9 hingga RMK-11 yang dulu dikenali sebagai Program Latihan dan ICT Luar Bandar.
Program tersebut dikendalikan selaras dengan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar.
Model Pertanian Pintar yang menggunakan teknologi Internet of Things (IoT)
Sejak dua tahun yang lepas, Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah melaksanakan projek...