Gerakan koperasi berupaya menjadi saluran untuk membantu rakyat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup melalui aktiviti perkumpulan. Penglibatan anggota dalam aktiviti koperasi dapat meningkatkan pendapatan mereka, sekali gus menjana pendapatan negara.
Gerakan koperasi di Sarawak telah bermula sejak tahun 1949. Koperasi pertama didaftarkan di Sarawak telah bermula di Dalat iaitu Kampung Kekan Co-operatives Sago Milling Society Limited yang didaftarkan pada 3 Mac 1949.
Koperasi telah banyak menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi. Koperasi menerapkan nilai-nilai yang diperlukan oleh anggotanya dan ini biasanya merupakan nilai-nilai yang terbaik untuk masyarakat pada umumnya.