Kejayaan empat (4) pasukan ini memberi gambaran jelas bahawa budaya inovasi dan kretiviti yang selama ini diterapkan dalam perkhidmatan awam Sarawak melalui Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) berjaya mempersiapkan setiap pasukan ICC Sarawak untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
Kerajaan Sarawak memperkenalkan undang-undang ombudsman berdasarkan pada peruntukan dalam Perkara 7, Senarai II (Senarai Negeri) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk menggubal hal-hal berkaitan dengan jentera Kerajaan Negeri, khusus untuk perkhidmatan negeri.