Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mental adalah corak asuhan dalam keluarga, tahap pendidikan, gaya hidup, pengaruh persekitaran dan pergaulan, keistimewaan, kelemahan dan pencapaian seseorang dan kesihatan fizikal.