Regata Sarawak bermula 28 Oktober hingga 6 November 2022, iaitu pada hujung minggu terakhir Oktober iaitu 28, 29 dan 30 berlangsungnya Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak dan Perlumbaan Perahu Regata Sarawak, berlangsung pada hujung minggu pertama November (4 hingga 6 November).
Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak Lima diumumkan sebagai ‘Raja Sungai’ setelah berjaya memintas pasukan GP Binladen Empat di tempat kedua di garisan penamat pada aksi perlumbaan akhir Regata Sarawak 2022 pada 6 November 2022.
Penganjuran Regata Sarawak yang telah bermula pada 28 Oktober 2022, bertempat di Tebingan Sungai Kuching mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada penduduk di negeri ini serta pelancong luar negara.