Selain menjadi habitat hidupan liar, hutan juga merupakan kawasan tadahan air. Oleh sebab itu, pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik amat penting demi kebaikan dan kelangsungan hidup.
Sebagai agensi yang mempelopori pengurusan hutan sejak hampir 100 tahun lalu, Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mengambil pelbagai inisiatif dalam mengurus, memelihara serta meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan hutan di negeri ini.