Highland Development Agency (HDA) adalah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Sarawak di bawah Recoda untuk memperluaskan kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) ke kawasan pedalaman dan luar bandar negeri ini. HDA menyelia pembangunan kawasan tanah tinggi negeri yang berpotensi besar untuk dibangunkan dari segi infrastruktur dan juga dari segi ekonomi. Kawasan HDA meliputi kira-kira 18,463 km persegi dengan anggaran penduduk 100,000 orang.
Selaras dengan semangat Keluarga Malaysia yang berteraskan Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, kerajaan akan terus memberi perhatian dan keutamaan dalam memberi bantuan, terutama kepada golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Perpaduan merupakan hasrat semua negara di dunia. Imej Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etnik, berbilang agama dan berbilang budaya sering dijadikan contoh rujukan sebuah negara yang bersatu-padu. Walaupun ada kalanya wujud perbezaan, persaingan dan konflik, tetapi kesepaduan sosial yang telah wujud sekian lama dalam masyarakat telah mengekalkan perpaduan kita sehingga ke hari ini.