Antara objektif Bahagian Perikanan Darat Sarawak adalah untuk menjamin keperluan sumber makanan mencukupi dan selamat dimakan serta meningkatkan pendapatan keluarga penternak dan pengusaha akuakultur selain untuk menjadi negeri pengeksport sumber perikanan pertama menjelang 2030.
Langkah memperkasakan pusat penyelidikan pertanian akan dapat membantu usaha Kerajaan untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan bersih menjelang 2030.
Stesen ini juga turut menawarkan khidmat nasihat teknikal dan khidmat sokongan seperti Pemindahan Teknologi, Program Jaminan Kualiti (myGAP dan myOrganik), Pengeluaran Bahan Tanaman yang Disyorkan serta sebagai pusat Penyimpanan dan Penyebaran Maklumat.