Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) adalah rangka kerja pengiktirafan berprestij untuk perkhidmatan awam yang mengiktiraf dan mengukur prestasi jabatan/agensi kerajaan di Sarawak yang mencapai standard tinggi dalam keberkesanan tadbir urus, operasi, dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.
Idea boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk. Idea yang kecil boleh memberikan impak positif yang besar sekiranya ditangani dengan bijak. Melalui MyCreative (MCi), idea ini boleh disampaikan menggunakan platform perkongsian idea secara individu yang dibangunkan oleh Perkhidmatan Awam Sarawak dan terbuka bukan sahaja kepada penjawat awam malah orang ramai. Dahulunya dikenali sebagai idea Inovatif Perkhidmatan Awam Sarawak, SCS-ii (khusus untuk penjawat awam sahaja) dan iDEAkamek (khusus untuk orang awam) yang kini telah disatukan membentuk MCi.
Sebanyak empat (4) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang merupakan pemenang Anugerah Inovasi SCSICA 2023 akan mewakili Sarawak dalam ICQCC 2024 iaitu Kumpulan LANDS TAHAI Q, Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Limbang; Kumpulan EAGLE, Majlis Perbandaran Sibu; Kumpulan IPOK, Pejabat Residen Mukah dan Kumpulan TECHSKAP, Lembaga Kemajuan Bintulu.
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah kesinambungan dari Amalan 5S diwujudkan untuk menggalakkan pentadbiran awam lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.
58 agensi di bawah Pejabat Pentadbiran Bahagian dan Daerah Sarawak mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi agensi kerajaan pertama di bawah satu pensijilan yang sama iaitu MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti (Pentadbiran Bahagian Sarawak).