Dalam usaha meningkatkan produktiviti melalui automasi, kerajaan juga menyediakan sejumlah RM100 juta sebagai geran padanan Automasi Pintar kepada 200 buah syarikat pembuatan dan perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan mereka.
Teras dan strategi Rancangan Strategik Korporat MARDI 2021 – 2030 bertujuan untuk mencipta perubahan baharu dengan ‘pertanian moden, makanan sihat dan persekitaran tempat tinggal yang lestari’ serta turut diberikan penekanan yang tinggi seiring pembangunan teknologi bagi meningkatkan pendapatan petani.