Kemudahan sukan menjadi salah satu aspek utama untuk membangunkan sukan dan gaya hidup sihat. Kemudahan sukan perlu disediakan bagi meningkatkan mutu sukan dan memastikan pembangunan sukan dapat dilaksanakan dengan baik.
Sukan telah terbukti meningkatkan kesihatan, kecergasan dan pendidikan, mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan, memupuk layanan tanpa kekerasan di samping persaingan yang adil, semangat kerja berpasukan dan rasa hormat-menghormati, merapatkan jurang budaya dan etnik, menyumbang kepada dialog silang budaya, persefahaman, perpaduan, toleransi dan kewujudan bersama secara aman.
Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) menganjurkan sambutan Hari Belia Sarawak 2022 pada skala besar kali ini setelah dua (2) tahun tidak dianjurkan akibat penularan COVID-19.
Dasar Sukan Negara menyediakan hala tuju kepada pembangunan sukan negara ke arah pemupukan integrasi nasional melalui amalan gaya hidup aktif dan sihat, pembinaan kesejahteraan diri dan semangat kesukanan yang tulen.
Menurut kajian Kementerian Belia dan Sukan, hanya 40 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini yang mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dalam kehidupan mereka. Membudayakan sukan dalam kehidupan seharian secara tidak langsung juga boleh membentuk gaya hidup sihat masyarakat selain boleh menghindarkan masalah obesiti dan penyakit tidak berjangkit.
Beberapa fasiliti sukan Berprestasi Tinggi akan dibina bagi membangun atlet Sarawak bertaraf dunia antaranya ‘Sarawak Performance Centre’ ke arah matlamat melahirkan atlet Sarawak bertaraf dunia menjelang 2030.
Industri sukan bukan sahaja berkaitan dengan industri pembuatan produk berkaitan sukan semata-mata, tetapi turut melibatkan pelbagai komponen lain termasuklah dari segi perkhidmatan, perubatan, sains sukan, pelancongan dan lain-lain berteraskan atlet, masyarakat dan aktiviti sukan itu sendiri.
Sukan Untuk Semua yang berteraskan budaya penyertaan adalah bertujuan untuk membolehkan rakyat melibatkan diri dengan aktiviti fizikal sebagai amalan gaya hidup aktif.
Manakala Sukan Prestasi Tinggi yang berteraskan pada budaya pencapaian pula berperanan untuk mencapai kecemerlangan di pertandingan sukan peringkat antarabangsa.