Projek-projek seperti pembinaan jalan raya, jambatan, jeti, naik taraf dan bina baharu rumah ibadat, dewan serba guna, gelanggang sukan dan sebagainya merupakan antara projek pembangunan di bawah RTP yang memberi impak terhadap sosioekonomi dan peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar.
Sektor pertanian di Daerah Limbang semakin membangun antaranya dengan pelaksanaan projek pertanian, pembangunan infrastruktur ladang serta pendedahan kepada teknologi-teknologi pertanian.
Peranan Jabatan Pertanian Daerah Limbang kepada petani-petani adalah dari aspek memberi khidmat pengembangan serta bantuan projek pertanian.
Jabatan Pertanian Daerah Lawas dan PPK telah mengadakan program PELADANG PRIHATIN untuk membantu para petani yang tidak dapat memasarkan hasil pertanian mereka (lambakan hasil).