Tidak dinafikan, projek perumahan memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat kerana rumah berfungsi sebagai tempat berlindung dan menyediakan persekitaran hidup yang akan mempengaruhi dan membentuk perilaku manusia, produktiviti dan pembangunan.
Pembinaan 87 unit rumah di Buan Land District Daerah Tatau bakal memberi manfaat khasnya kepada golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki kediaman sendiri pada kos yang rendah.