Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) sebagai agensi kerajaan yang berautoriti melaksanakan koridor pembangunan wilayah lebih dikenali sebagai Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sejak tahun 2008 di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Melalui inisiatif baharu, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, RECODA telah melebarkan peranan dan memperluaskan Kawasannya melalui pewujudan Agensi Pembangunan Wilayah iaitu Upper Rajang Development Agency (URDA, kemudian disusuli oleh Agensi Pembangunan Tanah Tinggi atau Highland Development Agency (HDA) pada tahun 2017 dan Agensi Pembagunan Wilayah Utara atau Northern Region Development Agency (NRDA) pada tahun 2018.
Model GKCDA adalah serupa dengan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) di mana Ia bukan sebuah badan berkanun yang formal tetapi berperanan sebagai agensi yang akan menyelaras semua projek pembangunan yang diluluskan di kawasan yang telah ditetapkan.
Peruntukan yang diagihkan untuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) ditumpukan bagi melaksanakan projek infrastruktur asas dan projek bekalan air di mana Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) mempunyai 43 projek berimpak tinggi untuk dilaksanakan.
Sejak penubuhannya, URDA telah menerima peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan yang sesuai untuk kawasan URDA. Kawasan URDA kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman, maka salah satu daripada cara URDA untuk membangunkan kawasan-kawasan ini adalah dengan membina infrastruktur asas.