Sarawak akan melaksanakan program untuk memberi vaksin COVID-19 kepada 2 juta rakyatnya yang layak dan juga 200,000 bukan-warga merangkumi 70 peratus penduduk negeri ini supaya mampu mencapai tahap “herd immunity”.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa.
Fasa pertama bermula pada 24 Februari sehingga April 2021.
Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Februari 2022.