Rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti rabies di mana ia akan berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.
Sejak rabies diisytiharkan sebagai wabak di Sarawak pada Julai 2017, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) telah giat berusaha untuk menangani penyakit tersebut dengan menjalankan program pengawasan, pemvaksinan anti-rabies dan pembasmian anjing-anjing liar.
OACP JPVS 2021-2025 ini akan membantu JPVS dalam memastikan enam (6) bidang keutamaan serta 71 inisiatif yang dirancangkan dapat dicapai berlandaskan elemen integriti, anti-rasuah dan tadbir urus yang baik.
JPVS sangat komited untuk mengawal penyakit rabies ini dan meletakkan sasaran untuk memastikan penyakit rabies di Sarawak dibasmi sepenuhnya menjelang 2025.